Jangan sebar berita tak rasmi mengenai Dr M, kata menteri

Jangan sebar berita tak rasmi mengenai Dr M, kata menteri

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa meminta orang ramai mendoakan Allah mempermudahkan segala urusan rawatan Dr Mahathir Mohamad di IJN agar negarawan itu segera sembuh.

Sejak semalam, pengamal media mula berkumpul di perkarangan IJN bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang berita mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, melainkan ia berdasarkan sumber keluarga atau hospital secara rasmi.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa meminta orang ramai mendoakan Allah mempermudahkan segala urusan rawatan Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini agar negarawan itu segera sembuh.

“Hormati situasi keluarga Dr Mahathir saat ini,” katanya menurut laporan Bernama.

Sejak semalam, pengamal media mula berkumpul di perkarangan IJN bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Mahathir.

Bagaimanapun, anak Ahli Parlimen Langkawi itu Marina memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.

Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut berkenaan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.