Polis serbu ceramah #TangkapAzamBaki

Polis serbu ceramah #TangkapAzamBaki

Beberapa orang telah ditangkap dalam serbuan di lokasi ceramah di Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu.

Suasana serbuan tangkapan polis di pentas ceramah #TangkapAzamBaki di Restoran Amjal sebentar tadi. (Gambar Twitter TangkapAzamBaki)
PETALING JAYA:
Polis menyerbu pentas ceramah himpunan #TangkapAzamBaki yang diadakan di Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu di sini sebentar tadi.

Penganjur melalui ciapan di laman Twitter #TangkapAzamBaki memaklumkan tangkapan dibuat selepas program ceramah selesai.

“Pentas ceramah #TangkapAzamBaki di Restoran Amjal diserbu oleh polis. Beberapa orang telah ditahan.

“Program ceramah telah selesai ketika serbuan dibuat, namun peserta tidak dibenarkan meninggalkan premis ketika mahu pulang.

“Jangan tangkap rakyat! #TangkapAzamBaki !!,” ciap Twitter berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.