
Ia susulan pengumuman kerajaan hari ini yang memberi kebenaran kepada semua guru bawah Kementerian Pendidikan terlibat dalam politik.
Rafidah menyifatkan keputusan itu “amat membimbangkan” kerana mereka yang mempunyai hubungan dengan parti politik tertentu akan menyampaikan mesej berbahaya kepada pelajar yang “mudah terpengaruh”.
Katanya, keadaan itu boleh menjejaskan nilai dan prinsip teras perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan negara.
Walaupun sesiapa pun berhak mengambil bahagian dalam politik, Rafidah berkata, ia mesti ada had tertentu untuk memastikan agenda perpecahan dapat dielakkan.
“Sesetengah perkara yang disampaikan menjadi rahsia ‘pendidikan’ yang boleh menjejaskan kepelbagaian masyarakat kita yang merangkumi kaum, agama dan jantina.
“Ini boleh mencetuskan masalah dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, keputusan itu akan memberi kesan kepada sistem pendidikan, yang sudah dibelenggu dengan “kekurangan dan kelemahan”.