
Tindakan itu seolah-olah menggambarkan pemain ranking ketujuh dunia itu sedih terhadap tindakan yang dikenakan ke atasnya hari ini.
Seperti diketahui, warna hitam menggambarkan sesuatu yang tidak baik seperti kematian, suram atau bergabung.
Sehingga kini, gambar profil tersebut menerima lebih 58,000 tanda suka, dikongsi hampir 4,000 pengguna dan menerima lebih 8,000 komen.
Rata-rata warganet meninggalkan komen dengan memberi kata-kata semangat dan meminta Zii Jia tidak berputus asa serta membuktikan dia mampu melakukannya pada masa akan datang.
Tidak terkecuali, cadangan daripada warganet yang mahukan bekas pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei campur tangan supaya situasi menang-menang dicapai.
Mohammad Zaimi Saad memberi komen: “Muhammad Ali (peninju) digantung daripada kejohanan profesional selama empat tahun tetapi dia kembali bangkit dan meraih tiga gelaran dunia kategori heavyweight. Bertabahlah.”
Hari ini, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan lalu selepas membuat keputusan meninggalkan badan induk badminton negara itu.