
Pengguna media sosial Zhewei Kung menegaskan, dia malu terhadap BAM dan yakin Zii Jia akan menerima layanan berbeza daripada persatuan badminton di negara lain.
“Ia ibaratkan pekerja meninggalkan syarikat tetapi bos anda memberitahu, anda tidak boleh bekerja di mana-mana lagi.
“Inikah Keluarga Malaysia? Kita sepatutnya membantu sesama sendiri, bukannya mengambil tindakan seperti ini,” tulisnya.
Naim Yana dalam komennya pula tanpa berselindung berkata: “Membunuh karier pemain sendiri hanya untuk menggembirakan diri anda sendiri, anda sangat memalukan BAM!”
Sementara itu, DG Javier Ng pula berkata, dia tidak terkejut dengan prestasi merudum ditunjukkan Zii Jia memandangkan layanan seperti itu diberikan kepadanya.
“Jawatankuasa BAM, anda perlu muhasabah diri,” katanya.
Rose Dawson berpendapat tiada gunanya bercakap banyak mengenai BAM tetapi kualiti atlet Malaysia akan terus jatuh jika persatuan sukan tidak mengubah mentaliti mereka.
Kevin Chia pula berkata: “Berkuburlah badminton di Malaysia, BAM seperti sebuah parti politik.”
BAM hari ini mengesahkan Zii Jia digantung daripada menyertai kejohanan antarabangsa di bawah bendera Malaysia selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan lalu.
Awal minggu ini, Zii Jia yang juga pemain nombor satu negara bertindak keluar daripada BAM. Dia kini berada di ranking ketujuh dunia dalam senarai Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pemain berusia 22 tahun dari Kedah itu menjuarai Kejohanan All England tahun lalu.