
Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam serbuan 8 malam itu, seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan kerana disyaki menjadi dalang utama kegiatan terbabit.
“Turut ditahan tiga wanita tempatan berusia 30 hingga 52 tahun. Dalam serbuan itu, tiga wanita asing berusia 26 hingga 41 tahun diselamatkan, selepas dipercayai diperdagangkan bagi tujuan kegiatan maksiat.
“Polis turut merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama, dua kereta Nissan Almera dan Toyota Vios yang digunakan dalam aktiviti tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata, polis turut merampas wang tunai RM2,156, kondom, beberapa kad sim telefon dan tiga beg pelbagai jenama.
“Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran serta direman sehingga 21 Jan ini untuk siasatan lanjut.”