Belasah lelaki di pusat beli-belah, polis kesan sekumpulan individu

Belasah lelaki di pusat beli-belah, polis kesan sekumpulan individu

Polis menyeru mangsa dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil membantu siasatan.

Tangkap layar daripada video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu, dipercayai berlaku dalam sebuah pusat beli-belah di Ipoh.
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan sekumpulan individu dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah di Ipoh yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video seminit lima saat itu disebarkan pemilik akaun Facebook bernama “Melvin Zheng Wenxin” memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu, dipercayai berlaku dalam sebuah pusat beli-belah.

“Polis Daerah Ipoh ingin mengesahkan satu laporan polis diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau menyarankan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu kerana akan menjejaskan siasatan pihak polis.

Yahaya turut menyeru mangsa dalam kes itu dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Norshaharah Marzuki menerusi talian 012-5077026 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.