Mangsa banjir di Johor kekal 77 orang

Mangsa banjir di Johor kekal 77 orang

Setakat 8 pagi, tiga PPS masih beroperasi di daerah Segamat dengan dua daripadanya menempatkan mangsa.

Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat dinasihatkan supaya berjaga-jaga memandangkan sungai tersebut berada pada tahap waspada. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat kekal 77 orang daripada 24 keluarga pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata setakat 8 pagi, tiga PPS masih beroperasi di daerah itu dengan dua daripadanya menempatkan mangsa.

“PPS Sekolah Agama Gemereh menempatkan 74 orang daripada 22 keluarga manakala tiga orang daripada dua keluarga berada di Balairaya Gemereh, Batu Badak. PPS Dewan Serbaguna Jalan Genuang pula sebagai persediaan bagi perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya dalam kenyataan.

Vidyananthan turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat supaya berjaga-jaga memandangkan sungai tersebut berada pada tahap waspada.

Beliau berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.