Undang-undang, perancangan lebih baik kurangkan kadar kematian nahas jalan raya, kata pakar

Undang-undang, perancangan lebih baik kurangkan kadar kematian nahas jalan raya, kata pakar

Menurut pakar, jalan raya di negara ini memerlukan lebih banyak lorong motosikal dan undang-undang yang lebih ketat.

Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi berkata orang ramai tidak akan memandang serius terhadap saman sekiranya kerajaan terus memberikan diskaun bagi kesalahan melanggar peraturan jalan raya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Prasarana yang lebih baik boleh membantu mengurangkan kadar kematian jalan raya, khususnya melibatkan penunggang motosikal, kata pakar.

Ini kerana katanya, saman trafik tidak berfungsi untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Law Teik Hua dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM) bersetuju bahawa tindakan saman tidak begitu berkesan.

Katanya, penguatkuasaan sistem demerit dan menjadikannya lebih jelas kepada pengguna jalan raya dapat mencegah penunggang motosikal daripada ingkar terhadap peraturan.

Aziz Kaprawi.

“Pihak berkuasa juga harus mengenal pasti kelompongan dalam rekaan jalan bagi mengekang pemanduan ‘melawan arus’ dan melaksanakan siasatan untuk mencari kawasan yang terdedah kepada kemalangan dan menyelesaikan isu di sebaliknya.”

Beliau turut mengkritik langkah memberi diskaun saman trafik dan menggelar seluruh sistem itu sebagai “terlalu bersikap pemaaf” kepada penunggang motosikal.

“Akibatnya, ini menjadikan pendekatan penguatkuasaan trafik tidak cekap untuk menangani tingkah laku pengguna jalan raya yang agresif,” kata Law.

Semalam, Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Bakri Zainal Abidin berkata langkah untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan sukar dilakukan biarpun pelbagai usaha dilakukan pihak polis.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi berkata jelas bahawa saman trafik tidak berkesan untuk menggalakkan pemanduan yang selamat.

“Orang ramai tak ambil berat tentangnya (saman). Mereka tidak takut akan kesannya jadi mereka tidak merasakan mereka perlu ikut peraturan, terutamanya golongan muda,” katanya kepada FMT. “Ia tidak membantu kerajaan memberikan diskaun untuk salah laku lalu lintas, jadi ia tidak dipandang serius.”

Aziz berkata langkah membina lebih banyak lorong motosikal boleh membantu mengelakkan situasi berbahaya kerana ia boleh mengehadkan kawasan untuk dilalui oleh penunggang.

“Perlu ada peraturan lebih ketat untuk penunggang motosikal, yang paling banyak mengalami kematian di jalan raya. Sebagai contoh, kita boleh mengehadkan mereka untuk hanya menggunakan lorong kecemasan atau lorong pertama.

“Di sesetengah negara, mereka langsung tidak membenarkan penunggang motosikal menggunakan lebuhraya tertentu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.