4 PPV integrasi untuk dos penggalak dibuka mulai esok

4 PPV integrasi untuk dos penggalak dibuka mulai esok

Ia melibatkan PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Empat PPV Integrasi akan mula dibuka mulai 8 pagi kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak.
PETALING JAYA:
Empat pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang akan dibuka mulai esok.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), empat lokasi PPV Integrasi itu adalah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Empat PPV Integrasi berkenaan akan mula dibuka mulai 8 pagi kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak.

Pada 16 Dis, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, semua penerima dos lengkap vaksin Covid-19 jenis Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya Februari ini.

Beliau berkata, individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak pada tempoh berkenaan.

Katanya, sekiranya individu berkenaan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari, status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap.

Khairy juga berkata, PPV mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.