
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, kakitangan itu memberitahu pasukan respons yang Wisma Dang Bandang “bergegar” dua kali, dengan kali pertama pada 3.30 petang, selain turut mendengar bunyi runtuhan kuat di salah satu tingkat.
Katanya, tiada orang dilaporkan cedera dan kakitangan itu sudah berkumpul di lokasi selamat jauh dari bangunan itu apabila pasukannya tiba.
“Pasukan kami mendapati sebahagian besar siling di tingkat 11 yang menempatkan auditorium runtuh…Itu mungkin ialah runtuhan kuat yang didengari kakitangan.”

Misran berkata, kejadian itu mungkin bukan disebabkan gegaran kerana tiada orang dilaporkan merasai lantai bergegar.
“Jabatan Kerja Raya akan membuat penilaian ke atas keselamatan bangunan sebelum kakitangan boleh kembali bertugas.”
Antara agensi kerajaan yang ditempatkan dalam bangunan itu ialah Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Meteorologi dan Jabatan Penerangan..