Polis siasat dakwaan hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Polis siasat dakwaan hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Sebelum meninggalkan rumah pengadu, hakim didakwa memberitahunya dia berbogel untuk 'menguji' wanita itu.

Kejadian dikatakan berlaku pada Ogos 2020, menurut laporan polis yang dilihat FMT. Pengadu membuat laporan pada Disember lepas.
PETALING JAYA:
Polis masih menyiasat dakwaan bahawa seorang hakim mengaib kehormatan seorang wanita di rumahnya.

Ketua Polis Ampang, Mohamad Farok Eshak berkata, Timbalan Pendakwa Raya telah mengembalikan semula kertas siasatan kepada penyiasat untuk mendapatkan maklumat tambahan.

FMT tidak menamakan hakim berkenaan sementara menunggu komennya.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, kejadian dikatakan berlaku pada Ogos 2020. Pengadu membuat laporan pada Disember lepas.

Pengadu, seorang wanita berusia 57 tahun, mendakwa pada satu malam pada Ogos 2020 hakim berkenaan datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.

Pengadu kemudian mendapati hakim berkenaan berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati dia sedang tidur di atas katil dalam keadaan bogel.

Pengadu mendakwa hakim itu meninggalkan rumahnya pada 3 pagi dan sebelum pergi sempat mendakwa dia berbogel di bilik berkenaan untuk “menguji” pengadu.

Polis mengesahkan ia menerima laporan terhadap hakim itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.