
Majlis itu dianjurkan Parti Makkal Sakti di Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan, hari ini, berkata siasatan itu dijalankan kerana terdapat individu tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis itu.
Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.
Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP atau tindakan akan dikenakan.