Jangan tertipu dengan tawaran kerja atau ganjaran palsu, Shopee beri peringatan

Jangan tertipu dengan tawaran kerja atau ganjaran palsu, Shopee beri peringatan

Platform e-dagang itu berkata, ia tidak mengupah mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform pesanan.

Shopee berkata, ia akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam menangani penipuan dalam talian.
PETALING JAYA:
Platform e-dagang Shopee memberi amaran kepada orang ramai mengenai individu yang menyamar sebagai pekerja dalam taliannya yang menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai dan hadiah cabutan bertuah.

Shopee berkata, ia tidak mengupah mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform pesanan.

Katanya, ia hanya menganjurkan peraduan seperti cabutan bertuah melalui aplikasi rasminya, halaman media sosial dan akaun perniagaan WhatsApp yang disahkan.

“Shopee ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar mengelak penipuan ini dan tidak menjadi mangsa kepada ganjaran dan tawaran pekerjaan palsu,” katanya dalam kenyataan.

“Sesiapa yang menerima tawaran peluang pekerjaan atau pertandingan yang diragui, sila hubungi balai polis berdekatan dan buat laporan serta merta.”

Katanya, ia akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam menangani aktiviti penipuan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.