
Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata, penubuhan sayap itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan tersebut bersama-sama berkhidmat untuk kesejahteraan negeri Sarawak.
“Buat masa ini PBB ada sayap wanita serta pemuda…sekarang ini kita akan wujudkan satu sayap buat golongan belia 18 hingga 28 tahun. Kita wujudkan sayap ini kerana kita mahu mereka bersama-sama kita mengurus masyarakat.
“PBB adalah parti yang dinamik, kita juga mendengar aspirasi golongan muda dan kita akan sesuaikan dengan keadaan politik semasa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di sini malam tadi.
Abang Johari berkata, pindaan perlembagaan itu akan dilakukan pada mesyuarat agung triennial (TGM) parti yang dijadual diadakan Jun depan.
“Sekarang ini kita sudah tubuhkan jawatankuasa untuk meneliti cadangan penubuhan sayap itu dan kita akan pinda perlembagaan pada TGM nanti,” katanya.