
Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari.
“Siasatan awal oleh Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemui tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.
“Mayat itu kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini pada pukul 5.30 petang tadi (semalam) untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata, kertas siasatan mati mengejut (SDR) akan dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan.