Dr M sekali lagi dimasukkan ke IJN

Dr M sekali lagi dimasukkan ke IJN

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan bagi prosedur perubatan elektif.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi prosedur perubatan elektif.

Dalam kenyataan, IJN berkata, susulan prosedur operasi standard (SOP), tiada pelawat dibenarkan.

Pengerusi Pejuang berusia 96 tahun itu dimasukkan ke IJN bagi pemerhatian dan pemeriksaan penuh pada 16 Dis lalu.

Beliau dibenarkan keluar IJN pada 23 Dis, selepas menjalani “siri siasatan perubatan”.

Mahathir diserang serangan jantung sebanyak dua kali pada 1989 dan 2006, serta menjalani pembedahan pintasan pada 2007.

Pada Feb 2018, beliau dimasukkan ke hospital susulan jangkitan pada dada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.