
Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa berusia 30-an yang berada di tingkat tiga bangunan berkenaan berjaya ditenangkan seterusnya ditarik masuk semula ke dalam rumah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.37 malam.
Susulan laporan katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki terbabit didapati masih berada di beranda dapur dan cuba dipujuk ahli keluarga, iaitu isterinya sendiri.
“Pada masa sama, pasukan bomba berjaya masuk ke dalam rumah dan bertindak menarik mangsa dan menenangkannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki akibat terpijak serpihan kaca turut diberikan rawatan awal.
“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.46 malam,” kata jurucakap itu.