
Ketua Polis Daerah Kangar Wari Kiew berkata dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi, Mohamad Rasidi Baharun, 47, dipercayai tergelincir dari feri yang baru tiba dari Pulau Langkawi, Kedah.
“Mohamad Rasidi yang pengsan selepas kepalanya terkena tiang besi, diselamatkan oleh seorang nelayan yang berada berdekatan tempat kejadian.
“Nelayan berkenaan membawa Mohamad Rasidi ke Jeti Awam Kuala Perlis sebelum dibawa Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar,” katanya menurut laporan Bernama.
Wari berkata Mohamad Rasidi disahkan meninggal dunia oleh pihak HTF pada 12.45 tengah hari dan kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.