
Beliau ketika menyuarakan kebimbangan itu berkata, Omicron memang dilaporkan kurang ganas berbanding varian lain seperti delta, tetapi varian dari Afrika Selatan itu mampu menjangkiti lebih ramai individu dalam tempoh singkat.
“Walaupun dilaporkan kurang keganasan (atau virulens), tetapi lebih ramai boleh dijangkiti dalam masa singkat.
“Mereka yang rentan lebih berisiko untuk masuk ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU). Walaupun tiada gejala atau mengalami gejala ringan, virus ini boleh sebabkan kesan long Covid-19 antara 20% hingga 30%,” katanya dipetik Berita Harian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pengesanan varian Omicron pada 24 Nov lalu, dan kini ia turut dikesan di sekurang-kurangnya tujuh negeri, iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Setakat semalam, Malaysia merekodkan 64 kes Omicron serta lima kluster membabitkan varian berkenaan, selain 35 kontak rapat di 12 daerah.