Hampir 8,000 mangsa banjir masih di 120 PPS seluruh negara

Hampir 8,000 mangsa banjir masih di 120 PPS seluruh negara

120 PPS dibuka di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor dan Melaka.

Di Johor, antara daerah yang teruk terjejas adalah Segamat, Tangkak, dan Kota Tinggi.
PETALING JAYA:
Seramai 7,782 orang daripada 2,211 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri, setakat jam 11 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa ditempatkan di 120 PPS di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor dan Melaka.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,760 orang daripada 542 keluarga, yang ditempatkan di 49 PPS di Pekan, Temerloh, Raub, Lipis, Bera, Rompin, Maran, Jerantut.

Ia membabitkan 442 kanak-kanak, 52 bayi, 21 orang kelainan upaya (OKU) dan selebihnya mangsa dewasa.

Di Johor, seramai 1,657 mangsa daripada 451 keluarga berlindung di 30 PPS.

Antara daerah yang teruk terjejas adalah Segamat, Tangkak, dan Kota Tinggi.

Di Negeri Sembilan, seramai 2,141 mangsa banjir daripada 549 keluarga berlindung di 17 PPS.

Melaka pula merekodkan 1,164 mangsa banjir daripada 293 keluarga yang berlindung di 13 PPS manakala Sabah membuka enam PPS untuk menempatkan 668 mangsa banjir daripada 240 keluarga.

Sementara itu di negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu, masing-masing merekodkan 255 dan 137 mangsa yang ditempatkan di tiga dan dua PPS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.