Dua empangan di Melaka terkawal, hanya pintu air sungai sahaja dibuka

Dua empangan di Melaka terkawal, hanya pintu air sungai sahaja dibuka

Tular di media sosial mengenai sekeping gambar berkaitan pelepasan air dikatakan dari Empangan Durian Tunggal.

Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman, berkata Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus, masih terkawal walaupun mencapai tahap 100%. (Gambar Facebook)
MELAKA:
Kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan melepaskan air dari Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus, walaupun empangan berkenaan mencapai tahap 100%.

Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman, berkata kedua-dua empangan yang masing-masing berada di Alor Gajah dan Jasin itu, masih terkawal.

“Kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk membuat pelepasan air dari kedua-dua empangan itu, kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal melalui sistem alur limpah sedia ada.

“Kenyataan yang telah ditularkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal adalah tidak tepat. Ia adalah merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air,” katanya menurut laporan Bernama.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai sekeping gambar berkaitan pelepasan air dikatakan dari Empangan Durian Tunggal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.