
Katanya, beliau sudah pulang ke Melaka selepas membantu mangsa banjir di Pahang.
Bagaimanapun, beliau bersiap sedia menghulurkan bantuan sekali lagi jika negeri lain dilanda banjir.
“Saya berterima kasih atas penghormatan daripada Ketua Menteri Melaka.
“Tak ada nak komen banyak,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.
Kisah Azwan tular di media sosial kerana beliau sanggup meredah kepayahan dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir minggu lalu dengan berbekalkan wang RM50 untuk mengisi minyak kereta dan membeli makanan dengan menggunakan kereta Perodua Viva untuk mengangkut sebuah bot di atas bumbung kereta itu.
Susulan itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan kerana membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang.
Ketika membentangkan Bajet 2022 Melaka Sulaiman berkata, beliau tersentuh dengan tindakan operator mesin berusia 29 tahun itu yang sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk menyelamatkan mangsa banjir di negeri lain.