
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah itu berkata, lapan daerah itu adalah Kota Kinabalu 21 kes, Penampang (18); Kota Belud (17); Putatan (16); Keningau (12); Ranau (11); Tuaran (11) dan Sipitang (10).
“14 daerah lagi mencatatkan jumlah kes pada kadar satu angka dan lima daerah tidak mencatat sebarang kes baharu.
“Semalam (Isnin lalu), cuma tiga daerah mencatat jumlah kes dua angka, 16 daerah mencatat kes baharu satu angka dan lapan daerah tanpa sebarang kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif di Sabah kini sebanyak 239,883 kes.
“Satu kes kematian dilaporkan membabitkan daerah Kota Kinabalu manakala bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 326 menjadikan jumlah kumulatif 232,915 orang.
“Sebanyak 655 pesakit sedang menerima rawatan, iaitu 361 orang di hospital, 292 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS),” katanya.