PAS tetapkan 22 Jan temu Umno Kelantan, bincang hala tuju MN

PAS tetapkan 22 Jan temu Umno Kelantan, bincang hala tuju MN

Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata pertemuan itu antara lain akan membincangkan hala tuju serta masa depan dua parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

PAS Kelantan telah menetapkan tarikh 22 Jan tahun hadapan untuk bertemu Umno tetapi belum menerima jawapan, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob.
PETALING JAYA:
PAS Negeri menetapkan 22 Jan depan sebagai tarikh pertemuan dengan Umno Kelantan bagi membincangkan kerjasama dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN).

Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata pertemuan itu antara lain akan membincangkan hala tuju serta masa depan kedua-dua parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“PAS Kelantan telah menetapkan tarikh 22 Jan tahun hadapan (untuk bertemu Umno), tetapi Umno Kelantan belum memberi jawapan,” katanya menurut laporan Bernama, selepas Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 152 Ketua Isi Rumah (KIR) di Pasir Mas, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub telah mengutus surat kepada PAS Negeri untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju MN di negeri ini, khususnya menjelang PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.