Tiada sambutan tahun baharu di Sarawak

Tiada sambutan tahun baharu di Sarawak

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan operator premis perniagaan didapati tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan kompaun.

Ketua Menteri Abang Johari Openg ketika menghadiri sambutan tahun baharu 2019, tiada sambutan ambang tahun baharu diadakan tahun ini kerana Sarawak masih berada pada Fasa 3 PPN. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak tidak membenarkan sebarang aktiviti sambutan pra tahun baharu kerana negeri itu masih berada dalam fasa tiga pelan pemulihan negara (PPN), dengan masa beroperasi semua premis dihadkan hingga 12 tengah malam.

JPBN Sarawak dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan operator premis perniagaan didapati tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan kompaun dan pihak penguatkuasa akan mempertingkat operasi bersepadu untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Sektor pusat permainan kanak-kanak (arked) di pusat membeli-belah pula dibenarkan beroperasi mulai 1 Jan 2022 dengan mematuhi SOP yang disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

“Operator pusat permainan kanak-kanak perlu memohon kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum dibenarkan memulakan operasi,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.