
Institut Strategi Antarabangsa (ISI) berkata, kenyataan Lee yang disiarkan semalam di laman Facebooknya, “sedikit sebanyak, secara faktanya tidak betul sehinggakan (menjadi) fitnah”.
Menurut ISI, WCEF 2021 tidak ada kaitan dengan Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia atau Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi China Global, seperti yang didakwa oleh Lee.
“WCEF 2021 juga tiada kaitan dengan Lee Kim Yew. Jika lebih banyak kenyataan yang tidak betul dan tidak wajar datang daripadanya, kami akan merujuknya kepada peguam kami untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Dalam kenyataannya, Lee berkata WCEF diasaskan olehnya pada 2009, dengan edisi pertama diadakan di Palace of Golden Horses. Beliau berkata acara itu mendapat sokongan penganalisis ekonomi dan politik Michael Yeoh selepas beberapa tahun.
Dalam responsnya, ISI berkata Yeoh ialah pengerusi penganjur untuk acara WCEF yang lalu.
“Yeoh memainkan peranan penting dalam membangunkan acara WCEF di bawah perbadanan kami, iaitu acara WCEF ke-10 dan ke-11. Acara WCEF semasa adalah edisi khas WCEF selepas acara WCEF ke-11 yang dianjurkan oleh kami pada 2019 di Hangzhou, China,” katanya.
WCEF 2021 yang diadakan semalam menjadi tumpuan kerana menampilkan bekas Perdana Menteri Najib Razak sebagai penyampai ucaptamanya.
“Ia adalah acara tahunan yang telah kami anjurkan sejak 2018 di Malaysia. Pengerusi kami sekarang juga merupakan pemilik tanda dagangan berdaftar WCEF,” kata ISI.
Ia berkata WCEF 2021 sedang dihoskan bersama dengan Dewan Perniagaan Antarabangsa China (CCOIC) dan Persatuan Muafakat One Belt One Road Malaysia (PMOBOR).
“Kita juga mesti menambah bahawa pemilihan penceramah untuk WCEF 2021 dibuat oleh tiga pihak iaitu ISI, CCOIC dan PMOBOR,” katanya.
Semalam, Lee berkata WCEF 2021 tiada kaitan dengannya. “Nama forum sejak itu telah ditukar kepada Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) dan tahun ini kepada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi China Global.
“Saya mendapat tahu bahawa penganjur acara semalam telah menggunakan nama WCEF dan beberapa gambar kami di China dari dua tahun lalu, memanggilnya WCEF ke-11. Ini sudah pasti akan mengundang kekeliruan,” katanya.
Lim juga berkata, penganjur tidak sepatutnya menamakan acara itu sebagai WCEF, dan mengkritik mereka kerana menjemput Najib untuk berucap pada majlis itu.