
Katanya, walaupun perbuatan itu dilakukan dalam keadaan darurat demi kelangsungan hidup atau dilakukan dengan niat baik untuk membantu orang lain dalam kesusahan, namun ia tetap salah di sisi agama dan undang-undang negara.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kejadian mangsa banjir di Lembah Klang baru-baru ini yang dikatakan mencuri barang daripada pasar raya demi kelangsungan hidu, dan ada juga yang mengambil makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir yang lain.
“Walaupun berniat baik, caranya tidak betul. Matlamat tidak menghalalkan cara, meskipun matlamatnya adalah baik mahu membantu mangsa banjir,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan zakat perniagaan oleh syarikat korporat.
Sebanyak 16 syarikat menjelaskan zakat perniagaan masing-masing yang keseluruhan berjumlah RM8,112,895.82 dan diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Syeikh Zakaria Othman.