Projek EKVE punca banjir lumpur Hulu Langat, kata PM

Projek EKVE punca banjir lumpur Hulu Langat, kata PM

Ismail Sabri Yaakob berkata hasil pemantauan mendapati pembinaan lebuh raya itu menyebabkan longkang tertutup dan mengganggu sistem saliran air.

Hulu Langat antara kawasan terjejas teruk akibat banjir yang melanda negara, minggu lalu.
HULU LANGAT:
Projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai antara punca banjir lumpur di sekitar Taman Sri Nanding.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata hasil pemantauan mendapati pembinaan lebuh raya itu menyebabkan longkang tertutup dan mengganggu sistem saliran air.

“Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tapi (tinjauan) di Taman Sri Nanding tadi (mendapati) kerana projek EKVE.

“Longkang tertutup dan sebagainya, menyebabkan banjir lebih cepat berlaku,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program gotong-royong pembersihan kawasan terjejas banjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua.

Hulu Langat antara kawasan terjejas teruk akibat banjir yang melanda negara, minggu lalu.

Setakat ini, polis mengesahkan seramai 47 mangsa terkorban akibat banjir di seluruh negara dan lima masih hilang.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.