97.5% populasi dewasa lengkap divaksinasi setakat semalam

97.5% populasi dewasa lengkap divaksinasi setakat semalam

Sebanyak 23,134,791 individu atau 98.8% daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,748,229.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 22,835,291 individu atau 97.5% populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,134,791 individu atau 98.8% daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2% atau 2,745,182 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,839,706 atau 90.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 25,457 dos vaksin telah diberikan melibatkan 23,698 dos penggalak dengan 1,244 lengkap dos dan 515 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,748,229 dos dengan 5,389,370 daripadanya adalah dos penggalak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.