Pembersihan banjir Klang, Shah Alam capai 50%, kata MB

Pembersihan banjir Klang, Shah Alam capai 50%, kata MB

Amirudin Shari juga berkata beliau telah mengarahkan proses tersebut disegerakan terutama bagi kawasan yang belum mencapai tahap memuaskan.

Kerajaan negeri telah berhubung dengan beberapa pihak untuk menambah jumlah lori bagi proses pembersihan, selain mengarahkan kerjasama dengan sukarelawan serta NGO dipermudahkan.
SHAH ALAM:
Proses pembersihan pascabanjir di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam sudah mencapai tahap 50%.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan susulan itu juga, beliau telah mengarahkan supaya proses tersebut disegerakan terutama bagi kawasan yang belum mencapai tahap memuaskan.

“Kita (kerajaan negeri) telah berhubung dengan beberapa pihak untuk tambah jumlah lori (untuk proses pembersihan). Saya juga memberi arahan agar proses kerjasama dengan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dipermudahkan.

“Kerajaan negeri ingin selaraskan agar koordinasi lebih tersusun bagi mengelakkan pembaziran dan koordinasi ini juga penting bagi tujuan keselamatan para sukarelawan,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.