Mazlan serah tugas Timbalan KPN kepada Razarudin

Mazlan serah tugas Timbalan KPN kepada Razarudin

Razarudin Husain sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Pelantikan Razarudin Husain sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada 26 Dis ini menggantikan Mazlan Lazim yang bersara wajib hari ini. (Gambar Facebook PDRM)
KUALA LUMPUR:
Mazlan Lazim menyerahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin Husain dalam satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini semalam.

Razarudin sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau dan seluruh warga polis merakamkan penghargaan kepada Mazlan atas segala pengorbanan, jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang 35 tahun dalam polis.

“Seluruh warga polis mengucapkan tahniah kepada Razarudin atas pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu dan yakin kepadanya yang berpengalaman luas dalam bidang kepolisan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pelantikan Razarudin sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada 26 Dis ini menggantikan Mazlan, 59, yang bersara wajib hari ini.

Pelantikan Razarudin, 58, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.