
Terbaharu, video yang dimuat naik wartawan Astro Awani, Ridauddin Daud di Twitter memaparkan sekumpulan penghantar makanan menyumbang barang keperluan kepada mangsa banjir tular di media sosial.
“Semua ‘rider’ ini baru 18 tahun, namun semangat, jiwa mereka cukup besar. Cuti tujuh hari untuk bantu mangsa banjir. Tabik untuk anda,” menurut Tweet tersebut.
Difahamkan, 80 hingga 100 penghantar makanan itu membantu secara sukarela, dengan menghantar barang keperluan sejak semalam.
Di dalam video terbabit, salah seorang ‘rider’ memberitahu mereka mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul duit bersama bagi disalurkan kepada kawasan-kawasan yang terkesan.
“Minggu ini memang kami cuti, nak fokus tolong mangsa-mangsa banjir,” kata salah seorang wakil sekumpulan rider muda.
Difahamkan bahawa mereka sudah empat hari membantu mangsa-mangsa banjir dan mereka turut bergerak membantu ke kawasan-kawasan lain juga.