Ketua Polis Johor, Ayob Khan kembali ke Bukit Aman bulan depan

Ketua Polis Johor, Ayob Khan kembali ke Bukit Aman bulan depan

Ayob Khan Mydin Pitchay menggantikan Razarudin Husain, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkuatkuasa, 26 Dis.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay akan menggantikan Razarudin Husain, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay, akan bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, menggantikan Razarudin Husain, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkuat kuasa, 26 Dis.

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat pula akan menggantikan Ayob sebagai Ketua Polis Johor, manakala Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Wan Hassan Wan Ahmad, dilantik menggantikan Kamarul.

Ketiga-tiga mereka kecuali Razarudin akan mula bertugas ke jawatan baharu masing-masing bermula 25 Jan ini.

Pertukaran berkenaan terkandung dalam surat bertarikh hari ini, dengan tandatangan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, dan diedarkan kepada semua Ketua Polis negeri, termasuk semua Pengarah pasukan keselamatan itu.

Pelantikan Razarudin adalah bagi menggantikan Mazlan Lazim, yang akan bersara wajib, esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.