
Tertuduh, R Ravi, 53, hanya mengangguk dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret V Vanita.
Tertuduh didakwa bersubahat dengan empat individu yang didakwa di mahkamah sebelum ini dan seorang lagi yang masih bebas atas kesalahan membunuh A Vasudevan, 39, menurut Berita Harian.
Pembunuhan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Springhill 3/3, Bandar Springhill, Lukut di sini antara 5.40 pagi hingga 9.45 pagi, pada 13 Nov lepas.
Ravi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Nur Athirah Zainudin dan tertuduh diwakili peguam Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar.
Mahkamah menetapkan 15 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes.