Kakak Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Kakak Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Dayang Mastijah Openg meninggal dunia di kediamannya malam tadi akibat sakit tua.

Jenazah Dayang Mastijah Openg akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kakak kepada Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg meninggal dunia malam tadi akibat sakit tua.

Berita Harian melaporkan Dayang Mastijah Openg, 89, meninggal dunia di kediamannya di Seri Minangkabau 1, Jalan Muhibbah, Kuching pada 8.30 malam Rabu.

Pejabat Ketua Menteri memaklumkan, jenazah anak bekas Yang di-Pertua Sarawak pertama itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya hari ini.

Dayang adalah anak kedua daripada 10 beradik.

Pada 10 Jun lalu, seorang lagi abang kepada Abang Johari, iaitu Abang Abdul Rahim, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya kerana serangan jantung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.