Dobi layan diri jadi tumpuan penduduk Sri Muda

Dobi layan diri jadi tumpuan penduduk Sri Muda

Orang ramai beratur panjang dengan membawa berbakul-bakul pakaian yang dapat diselamatkan daripada bencana itu.

Penduduk membawa berbakul-bakul pakaian yang sempat diselamatkan daripada banjir. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Premis dobi layan diri menjadi tumpuan penduduk Taman Sri Muda, di sini untuk membersihkan pakaian yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai terpaksa beratur panjang dengan membawa berbakul-bakul pakaian yang dapat diselamatkan daripada bencana itu.

Marina Abdullah, 39, menyifatkan beliau umpama tinggal sehelai sepinggang dan pakaian yang dibawa untuk dicuci di dobi berkenaan antara beberapa harta benda yang masih dimilikinya.

“Air naik cepat sangat, baju-baju ini sahaja yang saya sempat ambil untuk bawa keluar…hari ni baru sempat datang (dobi), anak-anak pun dah tak ada baju nak pakai di pusat pemindahan. Rumah, kereta, semua rosak,” katanya yang memiliki dua anak berusia dua dan empat tahun.

Jurujual kereta, Khairul Anuar Ahmad, 32, berkata beliau singgah di premis dobi layan diri itu bagi membersihkan pakaian sebelum pergi ke rumah kakaknya di Rawang untuk berteduh.

Beliau bersama anak dan isteri yang menyewa rumah teres di kawasan itu terpaksa meninggalkan kediaman buat sementara waktu demi keselesaan diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.