
PETALING JAYA: Polis Selangor belum menerima sebarang laporan mengenai kes kecurian kereta mangsa banjir di Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib berkata, ketika ini pihaknya menerima banyak laporan mengenai kerosakan rumah dan kereta akibat banjir.
“Belum ada orang buat laporan lagi. Saya tengah memantau.
“Ramai melaporkan rumah rosak dam kereta rosak sebab banjir. Itu utama sekarang,” katanya ketika dihubungi FMT.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter bernama Liyana Mohtar mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mencuri kereta mangsa banjir yang tersadai menggunakan lori.
Katanya, lori itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan masih aktif memasuki kawasan Seksyen 23, Shah Alam.