
Beliau menerusi Twitter mengumumkan penggantungan sementara itu susulan pengesanan satu kluster Covid-19 di Singapura yang mencatatkan tiga kes penularan tempatan, dengan kemungkinan dua daripadanya membabitkan varian Omicron dan kes ketiga masih menunggu keputusan ujian.
“Bagi pengembara yang telah memiliki tiket perjalanan bagi VTL darat dan udara serta memenuhi syarat ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL ini.”
Beliau berkata, jualan tiket bas dan penerbangan itu akan dibuka semula 21 Jan depan, selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara.
“Bagaimanapun, kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada kuota sedia ada.”
Kenyataan Khairy menyusul pengumuman terdahulu Singapura pada hari ini yang membekukan semua jualan tiket penerbangan dan bas di bawah program perjalanan bebas kuarantin ke republik itu bagi tempoh sama.
Sebelum ini dilaporkan tambahan lebih 50% tiket bas untuk perjalanan dari Johor Bahru dan Singapura mula dijual Isnin lalu, tetapi dengan pengesanan varian Omicron, langkah diambil untuk mengurangkan penularan.