
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad, berkata proses mengeluarkan air banjir di kawasan terjejas itu dipercepat dengan penggunaan sebanyak 24 pam air.
Beliau berkata, daripada 24 pam air yang disediakan, 16 sudah diaktifkan ketika ini dan air yang disedut itu akan disalurkan ke Sungai Klang.
“Lebih 80% (air di Seksyen 25, Taman Sri Muda) sudah dipam keluar dan hari ini juga (dijangka) akan dikeringkan.
“Jadi orang boleh cuci rumah, terutama sekali orang yang pindah ke pusat pemindahan banjir (PPS), apa pun itu pilihan mereka.
“Ihsan kita amat tinggi, bila dah kering (boleh) mula kerja cuci (kediaman masing-masing), (kita) gerakkan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada di kawasan tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, setakat jam 2 petang Selasa, kira-kira 0.3 daripada satu meter air banjir di kawasan berkenaan masih belum disedut keluar.