Kedai serbaneka di kawasan banjir Sri Muda dipecah masuk, kata polis

Kedai serbaneka di kawasan banjir Sri Muda dipecah masuk, kata polis

Ketua Polis Daerah Shah Alam mengesahkan kejadian itu dan memberi jaminan keadaan di kawasan itu terkawal.

Keadaan KK Mart di Sri Muda, Shah Alam yang dipecah masuk selepas pintunya dirosakkan. (Gambar Ihsan Penduduk)
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Sri Muda, Shah Alam yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib berkata, kejadian itu berlaku sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang tadi di sekitar Sri Muda, khususnya Seksyen 15.

“Antara kedai serbaneka terlibat ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menghantar anggota yang turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) ke lokasi kejadian untuk melakukan rondaan serta tindakan pencegahan jenayah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Beliau memberi jaminan keadaan di kawasan terbabit kini terkawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.