Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras

Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras

Mangsa Mohd Halmi Nazlan, 34, dari Kampung Kuala Pahang, dikatakan hilang pada 1 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Pekan.

Menurut polis, operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan 10 pegawai dan anggota polis dan bomba, menggunakan dua bot dan masing-masing sebuah lori serta pacuan empat roda. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Seorang operator kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Mohd Halmi Nazlan, 34, dari Kampung Kuala Pahang, dikatakan hilang pada 1 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Pekan.

“Mangsa difahamkan menaiki kereta bersama seorang rakan dan mereka cuba menyelamatkan diri apabila terperangkap banjir namun mangsa dikatakan gagal dikesan selepas itu,” katanya semasa dihubungi.

Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Wan Mohd Zahari berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 pegawai dan anggota polis dan bomba, menggunakan dua bot dan masing-masing sebuah lori serta pacuan empat roda.

Kejadian ini merupakan kejadian hilang kedua dalam tempoh 24 jam, selepas seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental masih belum dijumpai selepas dikatakan terjun di Jambatan Sri Damai di sini pada 12.25 tengah hari semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.