Keputusan PRN bukti rakyat Sarawak lebih cenderung parti tempatan, kata Salleh

Keputusan PRN bukti rakyat Sarawak lebih cenderung parti tempatan, kata Salleh

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata rakyat Sarawak lebih cenderung dengan parti dan gabungan tempatan seperti GPS dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Salleh Said Keruak berkata persaingan politik antara parti, dan bukannya individu, untuk mendapat mandat adalah kunci kepada kestabilan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri (PRN) malam tadi menjadi bukti bahawa demokrasi berasaskan parti adalah asas kepada kemakmuran politik yang berterusan, kata seorang bekas Ketua Menteri Sabah.

Ketika mengucapkan tahniah kepada gabungan itu, Salleh Said Keruak berkata persaingan politik antara parti, dan bukannya individu, untuk mendapat mandat adalah kunci kepada kestabilan.

“Ini adalah kerana parti atau gabungan yang menang boleh menentukan siapa yang membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Salleh berkata, berdasarkan keputusan malam tadi, rakyat Sarawak lebih cenderung dengan parti dan gabungan tempatan seperti GPS dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berbanding gabungan parti di peringkat nasional seperti Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata terdapat banyak lagi pembangunan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan selepas ini, khususnya prasarana.

“Bagi saya secara peribadi, Pan Borneo Highway hanya permulaan yang saya mahu buat untuk Sarawak dahulu dan terdapat beberapa projek pemangkin ekonomi yang kita boleh buat lagi,” katanya di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.