Kelvin Yii anggap kekalahan besar di Batu Kawah satu hikmah

Kelvin Yii anggap kekalahan besar di Batu Kawah satu hikmah

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berterima kasih kepada penduduk Batu Kawah atas sokongan mereka.

Kelvin Yii tewas dengan kelebihan 5,393 undi kepada Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian di Batu Kawah pada pilihan raya negeri Sarawak.
PETALING JAYA:
Walaupun tewas di kerusi Batu Kawah dengan 5,393 undi, Dr Kelvin Yii daripada DAP menganggap kekalahan itu ada hikmahnya.

Beliau berkata, masyarakat menyambutnya dengan tangan terbuka untuk menentang Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Dr Sim Kui Hian dalam pertandingan empat penjuru.

Sim dipilih semula untuk penggal ketiga, memperoleh 7,827 undi untuk majoriti 5,393 undi mengatasi Yii 2,434.

Yii, yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, berterima kasih kepada penduduk Batu Kawah atas sokongan dan berkata beliau gembira kerana berpeluang berhubung dan mengetahui keperluan mereka.

“Penglibatan saya dengan mereka mengukuhkan kepercayaan bahawa kekuatan Sarawak, bukan pada bangunan besar dan bukan hanya landskap semula jadi kita yang megah, tetapi rakyat Bumi Kenyalang yang kita cintai,” katanya.

“Pengalaman ini menguatkan tekad saya untuk membina semula rakyat Sarawak. Saya akan terus menggunakan platform sebagai Ahli Parlimen untuk menjadikan kehidupan rakyat Sarawak lebih baik.”

Chai Kueh Khun daripada Parti Bumi Kenyalang dan Fong Pau Teck daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak masing-masing memperoleh 756 dan 133 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.