20 hari hilang, rangka dipercayai milik seorang lelaki ditemui dalam semak

20 hari hilang, rangka dipercayai milik seorang lelaki ditemui dalam semak

Mangsa pekerja sebuah syarikat insurans hilang selepas keluar rumah pada petang 12 Nov.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof berkata empat suspek termasuk seorang wanita ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan esok.
PETALING JAYA:
Polis menemui rangka dipercayai milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 20 hari lalu sebulan lalu dalam semak berhampiran kawasan Gadong, Tanjong Sepat, Kuala Langat, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof berkata, penemuan rangka dipercayai milik pekerja sebuah syarikat insurans di Seremban susulan polis menemui kereta mangsa di Jalan Permata Kiri, Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor.

Beliau berkata, pada 12 Nov kira-kira jam 5.46 petang, polis menerima laporan daripada isteri mangsa berusia 44 tahun yang memaklumkan suaminya gagal dihubungi sejak keluar dari rumah berseorangan menaiki kereta jenis Honda CRV.

“Empat hari kemudian iaitu pada 16 Nov, kereta mangsa ditemui dalam keadaan berkunci namun lelaki itu tiada di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, pada 2 Dis lalu, polis menemui satu rangka manusia dipercayai milik mangsa dan siasatan lanjut membawa kepada penangkapan empat suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita.

“Hasil siasatan awal mendapati kes ini bermotifkan peras ugut. Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan semua mereka akan dituduh esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.