
Tertuduh berusia 33 tahun mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap adik ipar berusia 15 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Sungai Durian, dekat Kuala Krai pada 23 Nov lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam, menurut laporan Harian Metro.
Terdahulu, Abu Arsalnaa menawarkan jaminan RM5,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin.
Bazli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Difahamkan, tertuduh menjelaskan wang jaminan itu.