
Presiden MIC itu berkata, ini kerana ketika Ahli Parlimen Iskandar Puteri tersebut berada dalam kerajaan, pihaknya sering mengelak untuk menjawab soalan dibangkitkan pembangkang.
“Bila mereka dalam kerajaan, kita tanya pun dia tak jawab…saya tak mahu jawab soalan dia…no (tiada) komen,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, mengenai kad laporan 100 hari itu, beliau meminta Lim bertanya sendiri kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Suruh dia mintak dekat JPM, saya bukan ahli politik ‘in that sense’… memang pembangkang punya kerja dia nak menyoal, jadi biarlah JPM yang jawab,” katanya.
Terdahulu, Lim mempersoalkan sama ada empat duta khas dilantik kerajaan sudah menyerahkan kad laporan 100 hari mereka.
Penasihat DAP itu berkata, duta khas dibayar oleh dana awam dan rakyat mempunyai hak untuk tahu prestasi mereka sepanjang pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Bolehkah empat duta khas – Abdul Hadi Awang, Tiong King Sing, Richard Riot dan SA Vigneswaran – mengeluarkan kad laporan 100 hari mereka? Jika tidak, apakah fungsi mereka ini?” soalnya dalam kenyataan.
Hadi ialah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tiong (Duta Khas ke China) dan Riot (Duta Khas ke Asia Timur).