
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor, Simon Templer Lo Ak Tusa, berkata seramai 25 lagi masih hilang dan belum ditemui.
Katanya, hasil siasatan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyoal mangsa terselamat tengah hari tadi mendapati jumlah keseluruhan penumpang bot seramai 50 orang.
“Jumlah mangsa ditemui terselamat adalah 14 orang, seorang dalam keadaan kritikal kerana terjatuh dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.
“Hingga saat ini saya tidak boleh buat sebarang kenyataan 25 selamat atau tidak, tetapi apa yang dimaklumkan oleh saksi yang berada di situ bahawa mereka masih hilang,” katanya pada sidang media.

Simon berkata, bot membawa 50 warganegara jiran itu dilaporkan terbalik di kawasan Tanjung Balau pada 4.30 pagi tadi, dipercayai dari Indonesia menuju Tanjung Balau.
Katanya, bot berkenaan terbalik akibat dipukul ombak kuat susulan cuaca buruk.
Beliau berkata, difahamkan, PATI dikenakan bayaran RM2,000 hingga RM3,000 seorang untuk mendapatkan “khidmat” memasuki negara ini.
Seramai 159 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat membabitkan polis, bomba, ATM, Angkatan Pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan.