PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup

PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata setakat jam 3 petang tadi sebanyak 86 peratus pengundi awal telah melaksanakan tanggungjawab mereka

SPR berkata proses pengundian di semua 111 saluran berjalan lancar.
PETALING JAYA:
Semua 85 pusat pengundian awal pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 ditutup 5 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, setakat 3 petang sebanyak 86% pengundi awal melaksanakan tanggungjawab masing-masing, menurut laporan Berita Harian.

Berdasarkan perkongsian menerusi laman Facebook rasmi SPR, proses pengundian di semua 111 saluran berjalan lancar.

Ketika ini, proses penyimpanan kertas undi giat dijalankan petugas SPR untuk disimpan di lokap balai polis berhampiran sebelum dikira Sabtu ini.

Hari ini, seramai 23,043 anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing layak mengundi.

Ia membabitkan 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi terdiri anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan di 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.