
Beliau menerusi kenyataan ringkas di Facebook berkata, pihaknya mengambil maklum desakan penduduk di kawasan tersebut yang mahu kerajaan campur tangan dalam menangani isu projek terbengkalai itu.
“Saya telah menerima salinan tuntutan Pengerusi Taman Melawati Residents Association, semalam. Insya-Allah, hal ini akan diberi perhatian dan tindakan akan diambil sewajarnya,” katanya.
Semalam, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati, Azhari Abd Taharim, berkata pihaknya menerima pelbagai aduan dan desakan daripada penduduk berkenaan projek tersebut yang menyusahkan kehidupan seharian mereka.
Menurutnya, antara masalah dihadapi penduduk ialah kerosakan kenderaan akibat jalan berlubang dan kesesakan lalu lintas.
Dakwanya, antara punca projek tersebut terbengkalai sekian lama ialah pihak pemaju gagal mendapatkan dana daripada pihak berwajib untuk meneruskan projek berkenaan.